Kalau tuntut ilmu, tuntutlah bersungguh-sungguh. Tanam dalam diri nak kongsi ilmu pada orang lain. Jangan jadi kedekut. Ilmu itu bukan milik peribadi....
Semakin kita berilmu, kita akan semakin faham maksud kehidupan...Dengan ilmu yang ada, kita mudah didik diri untuk lebih merendah diri, tawadhu', dan tidak sombong... . . Pesan pada diri sendiri, selagi mampu berkongsi---maka kongsilah. Tidak pernah terkurang pun ilmu yang kita ada jika berkongsi. Maka yakin pasti, ilmu itu akan bercambah manjadi saksi pada perbuatan kita nanti.....
Kongsi dengan ikhlas..jangan harapkan apa-apa habuan dari manusia. Serah pada DIA, biar DIA yang menilai semua....
Cubalah sedaya upaya..antara diri kita dengan ALLAH..kita sepatutnya punya 'JAMBATAN' sebagai penghubung untuk segala rahmatNYA.
Sentiasa berusaha memperbaiki hubungan kita sebagai hamba dengan amal ibadah yang ikhlas, kebaikan yang disebarkan serta sentiasa bersangka baik denganNYA.
.
.
Selagi mana kita perbaiki diri kita untuk dekat denganNYA, sejauh itu jua DIA membentangkan segala ganjaranNYA buat kita...........tidak kira dari segi harta benda mahupun hubungan sesama manusia.
Cermin diri kita, cari sudut mana yang masih jauh dari DIA....
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Kadang-kadang sesuatu yang susah kita nak redhakan itulah mungkin yang terbaik untuk kita....
.
. Jadi, macam mana nak mengenali hati yang benar-benar REDHA ??? >>> Orang yang REDHA adalah mereka yang tidak pernah mengungkit tentang kesusahan hidup. Tidak kedengaran keluhan dari mulutnya dan sentiasa bersangka baik walaupun sesukar mana perjalanannya serta dia masih mampu memberi sesuatu sedangkan dia tahu kemampuannya sendiri terbatas......... Namun.....tiada apa yang lebih mengenali siapa kita melainkan SANG PENCIPTA...
SAKIT AKU, KECEWA AKU, SEDIH AKU, LUKA AKU..
BIAR AKU SIMPAN SENDIRI.
CUKUP AKU TAHU SENDIRI.
SEBAB AKU TAHU, KUAT TAK KUAT, AKU KENA KUATKAN DIRI JUGA.
HIDUP INI JIKA SELALU MERATAPI KISAH SEDIH, BAGAIMANA MAHU MERASAI NIKMAT BAHAGIA SEDANGKAN BAHAGIA ITU LEBIH BESAR MAKNANYA???
Kalau kita redha dengan kehidupan kita, pasti ALLAH akan permudahkan jalan kita...
ERTI SAHABAT ITU BUKAN SAJA DARI LAFAZ KATA....
. >>> TAPI, maknanya lebih bermakna andai kau membuktikan segala kata lisan..
MY BESTFRIEND GIRL'S...
>>> SAHABAT.
.
Makna sahabat itu perlu saling mendoakan kebaikan..saling melengkapi kekurangan. Saling tegur menegur dan paling penting berkasih sayang antara satu sama lain.
Bukan dinamakan sahabat andai ada rasa dengki. Bukanlah dinamakan sahabat andai punya rasa buruk sangka...
Bersahabatlah dengan mereka yang tidak memandang kau siapa...yang sama-sama mampu berjalan dengan kau seiringan menuju ILAHI...
Terima kasih sahabat kerana sudi menjadi mata..telinga dan kadang bahu untuk bersandar dan melepas lelah. Mungkin kita tidak selalu bersama, namun.. dalam doa kita selalu menjadi satu...
RINDU GENG PIRANA..
PIPA THE FOOTBALL
DIBA SI ULTRAMAN
KAKJA KOMANDAN
MIN SI GADIS KOREA
AIN SI BUDAK KECIK
KAK SHIDA IS KAKAK KAMI
MA THE USTAZAH
ZETTY SI CUBBY
DAN AKU...ADIK COMEL... :)
THIS SONG AKU DEDICATED UNTUK KORANG... :
Doa yang baik-baik je untuk korang semua..sampai masa dengan Izin DariNYA kita pasti bertemu lagi...mudah-mudahan..
Actually, now aku rindu sangat ngan mama and abah...
THE MOST HANDSOME MAN IN MY LIFE...ABAH...
AND
THE MOST BEAUTIFUL WOMAN IN MY LIFE...MAMA..
.
.
Ape je yang aku buat, mesti aku akan ingat diorg...aku tak reti nak tunjuk..tak reti nak manja-manja..walaupun dulunya aku sorang anak yang sangat manja...mungkin juga sebab aku dah terbiasa hidup berjauhan..terbiasa membawa diri...
YA ALLAH KAU JAGA MEREKA SEBAIK MUNGKIN..
ABAH..sayang abah pada aku, dia tak akan tunjuk..
.
tapi aku tau, abah selalu bertanya khabar melalui rakan baik abah..cinta hati abah MAMA..
ABAH sayang tak tunjuk..tapi perlakuan dia..
Sayang MAMA, memang sayang sangat...
Aduh, rindunya.. kalau bukan sebab final exam minggu ni memang aku dah cabut balik kg...
Dapat tengok muka diorg, aku tenang...sungguh..
.
.
Aku akan korbankan segalanya untuk diorg...diorg kekuatan aku saat aku gembira dan berduka, diorg sentiasa jd tulang belakang aku...bg support kt aku...aku tak tahu mcm mana hidup aku tanpa diorg....
.
.
saat aku jatuh tersungkur, mama tak putus bagi semangat..abah..satu-satunya lelaki yang tak pernah lukakan hati aku...
Aku percaya setiap manusia tak kira lelaki atau perempuan punya kisah cinta mereka tersendiri...sama mcm aku jugak,..
.
.
.
DAN YANG PASTI.... KISAH CINTA ITU KEKAL TERPAHAT DALAM HATI..
Bak kata orang, cinta pertama susah nak lupa...
Aku pon tak faham kenapa..mungkin sebab cinta pertamalah kita belajar erti cinta..menyayangi, menghargai, merindui...perasaan yang asing..yang tak pernah wujud...
1ST LOVE AKU...nak tau sape?
SHINWA...(nama gelaran je)
Aku jatuh cinta dengan dia time aku form 1, memang time tu budak lagi laa...gedik sangat kot time tu...so, bermula dengan perasaan suka, rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan...dia pun suka aku...dipendekkan cerita, aku berkawan dan bercinta dengan dia untuk tempoh yang sangat panjang..tak percayakan..? Yela, cinta monyet..ape la sangat..tapi tak disangka hubungan kami semakin serius dan berlanjutan sehingga aku masuk tingkatan 6 atas...7 TAHUN...bukan sekejap...kami bercinta, untuk tempoh yang lama tapi sikit pun tak pernah ganggu pelajaran..keputusan peperiksaan kami memang memberansangkan dan cemerlang..
...dan kalau nak tau, time form 4, kami siap dah plan nak kawin..memang gile angau time tu...plan nak hidup bersama, rumah macam ni macam tu..planning masa depan la katakan...maklumla time tu memang lum matang...semua indah....belajar pun tak habis lagi..makan pun mak ayah tangung lagi ada hati nak kawin! Penangan main cinta time sekolah,....
TAPI...
.
Bila dah lama sangat, macam-macam dugaan..maklum la BF aku ni hensem..femous laa jadi pujaan adik-adik junior ni..semua nak abang angkat laaa...skandal laa..dia plak bangga je...nak diikutkan aku ni lagi femous dari dia..aku dulu Ketua Pengawas kat sekolah..budak sukan..memang nama aku kalau sebut je, semua orang kenal...bukan kat sekolah aku je..budak sekolah lain pun kenal aku... so, dia pun up laa...
Aku pulak sibuk itu ini..belajar..sukan, uruskan hal budak-budak (Ketua Pengawas la katakan), dengan training itu ini...memang tak de masa nak melayan hal remeh temeh..percaya atau tak, sepanjang 7 tahun kami bercinta, kami tak pernah dating di luar sekolah..sebab takut kantoi dengan abang aku, ayah aku dan kawan-kawan abang aku...kami tak bercakap.. jumpa pun di dalam kelas..bila bertentang mata, macam terluah perasaan kami.. SIYES! SUMPAH! Memang gila kan...actually, kami bercinta hanya melalui surat...YES! Sejak dari form 1 lagi...setiap hari kami berutus surat...budak kelas semua tau..tapi tu la, diorg pun pelik macam mana kami bercinta.. hehe..
SAMBUNG BALIK..
.
Mungkin sebab kami kurang berkomunikasi secara verbal @ lisan, buatkan kami makin jauh..yela, jumpa pun dalam kelas tu pun sekadar senyum dan bertentang mata.. Lama-kelamaan, aku tengok perubahan sikap dia..cara dia..dari seorang yang pemalu, dah mula berkepit dengan perempuan.. Lepas sorang, sorang..silih berganti.. dengan adik angkat lagi... sakit mata aku.. YES, IM JELOUS!
Aku ade tegur dia, pasal hal ni..tapi dia cakap kawan..kawan..so benda ni berlanjutan sampai la nak dekat exam STPM.... aku dah tak tahan lagi.....macam-macam cerita aku dengar..so dengan berat hati dan rasa sedihnya, aku pun tulis surat pada dia... aku cakap aku nak minta putus...
REAKSI DIA???
Terima dengan hati yang terbuka..dia cakap dia tak sanggup tapi dah tu keputusan aku..so, dia ikutkan je...yang buat aku bengang, dia bukan nak pujuk...maklumlah dah single, hot plak tu..hensem..jumpa boleh lagi dia senyum dengan aku...aduhaiiiii hati!
Hujung tahun 2007, kami masing-masing sibuk buat persediaan untuk final exam..and time tu aku dah tenang sikit....dan dalam masa yang sama aku ade terbaca paper berkenaan pengambilan pegawai polis. YUP, memang aku berminat..cita-cita aku dulu..yela aku sukakan benda yang lasak...mencabar... so aku pun isi la borang tanpa pengetahuan sesiapapun...
TIBA time final, alhamdulillah semua berjalan lancar....dan aku buat keputusan untuk membawa diri jauh dari semua teman aku...termasuk dia...aku tak pernah lupakan dia...tapi mungkin tu cara terbaik untuk aku sedarkan diri aku bahawa cinta monyet tu hanya membuang masa aku..cukup ia sebagai kenangan buat diri aku....
Bulan 3, 2008...result STPM keluar...alhamdulillah ini antara keputusan terbaik aku dalam semua peperiksaan sepanjang persekolahan aku...SYUKUR...dan dia? Aku pun tak tahu..kami hanya berselisih dan bertentang mata untuk seketika...dan aku terus berlalu pergi...
Mei 2008...aku dapat tawaran untuk sambung belajar...dan dalam masa yang sama aku dapat tawaran untuk menjalani latihan kepolisan...memang tak disangka-sangka...rezeki yang datang tanpa diduga...puas aku berfikir dan bertanya pendapat...solat istikharah..untuk buat pilihan terbaik.. dan akhirnya, aku buat keputusan muktamat untuk tidak sambung belajar dan aku memilih untuk bekerja...Kerana apa? Aku ingin menimba pengalaman dan punca utama aku memilih jalan ini disebabkan aku tidak mahu menyusahkan keluarga aku untuk membiayai kos pembelajaran aku... aku lebih rela susah daripada melihat mama dan abah susah.. MUKTAMAD..
Akhirnya, Jun 2008 aku lapor diri untuk latihan kepolisan,...aku membawa diri tanpa pengetahuan dia...tanpa pengetahuan sesiapa...yang aku tahu, kawan-kawan aku sedang gembira dengan tawaran belajar, tapi aku dah mula bekerja...untuk mencari duit poket sendiri...
Namun, mungkin disebabkan ingatan aku pada dia terlalu kuat, ntah macam mana, selapas tamat latihan 9 bulan, dia menghubungi aku dan dia beritahu dia kecewa kerana aku merahsiakan hal pemergian aku dari dia...dan waktu itu, aku tersedar....aku tiada sedikit pun perasaan pada dia lagi...yang ada hanya rasa ingatan dan rasa simpati pada seorang kawan...ya, aku cuma anggap dia seorang kawan aku selepas apa yang berlaku...dan dia terpaksa terima hakikat itu..
Dia akhirnya membawa diri sebagaimana aku pergi..mungkin kecewa..atau mungkin dia ada jalan hidupnya sendiri..tiada siapa pun tahu kemana dia pergi..
SUNGGUH..aku rindu dia..
.
walaupun cuma cinta monyet, tapi dia cinta pertama aku yang mengajar aku erti mencintai dan menyayangi sesama manusia...ingatan aku pada dia tetap ada..tak pernah aku lupa..tapi mungkin dengan perasaan yang berbeza..tapi takdir ALLAH SWT kita tak tahu..kita cuma merancang namun perancangan DIA adalah terbaik..mana tau ade rezeki, kita dapat berjumpa lagi...dengan izin dariNYA....
..
*** TERIMA KASIH AWAK SEBAB PERNAH HADIR DALAM HIDUP SAYA...SAYA RINDU AWAK....DAN SAYA DOAKAN AWAK SENTIASA DILINDUNGI OLEHNYA...DAN ANDAINYA AWAK DAH TEMUI CINTA SEJATI AWAK, SAYA DOAKAN AWAK BAHAGIA..
SHAZ & ASH @ SHAZASH
>>>>cerita dulu...terkadang yang kita rindu bukan orangnya..tapi kenangan bersamanya...