Bismillahirrahmanirrahim...
Suatu ketika dulu...aku hampir pasti kehilangan ALLAH dalam kehidupan aku. Aku terlalu berharap kepada setianya seseorang manusia sehingga apabila dikhianati, aku seolah-olah berhati hitam. Enggan memaafkan, mencari keseronokan dunia, dan hanya mahu dilepaskan segala amarah...
.
.
Aku jauh dari TUHAN, sedangkan TUHAN---tidak pernah meniggalkan aku...
....dan aku kemudiannya tersedar, biar kita hilang sesuatu kerana ALLAH.
Jangan kita hilang ALLAH kerana sesuatu..
RUGI...dan SANGAT RUGI bagi mereka yang jauh dari ALLAH...
.
.
.
.
.
KERANA APA?
Bila kau terlalu sibuk bicara perihal jodoh dan masa depan tanpa kau sedar kematian sentiasa ada di antaranya..
ALLAHUAKBAR!
Terlalu asyik bicara soal cinta dunia yang tak menjaminkan apa-apa, akan buat kita lupa diri. Paling sedih jika kita lupakan Tuhan. Sedangkan setiap darinya, DIA yang memberi...
Jangan jadi manusia kala bahagia, lupakan DIA. Dan bila sedih, semakin jauh dariNYA..
#janganbiarkanhatikitarapuhkernadunia
No comments:
Post a Comment