Assalamualaikum...selamat malam..
Bila mana usia yang semakin meningkat ni, macam-macam yang bermain di fikiran..Bila dah kerja..ada duit poket sendiri, baru la sedar macam mana susah payah orang tua kita cari duit demi nak menyara keluarga..makan minum dalam membesarkan aku dan adik beradik aku yang lain...
Terima kasih abah..terima kasih mama kerna membesarkan aku tanpa sedikit pun rasa kekurangan..penuh dengan kasih sayang yang tak ternilai..(sebak pulak tiba2)..
Tengok gambar tu..yang mana satu aku??? hahaha..yang tengah menari dengan penuh perasaan tu...itu la aku...comel x? Siyes rase nak sepak je...nak cubit pp tu sebab muka pun nampak nakal..memang nakal pun!
Oklah, let's me introduce my self..aku adalah anak kepada En. Mohd Mustafa dan Puan Rosmah...Ayah aku seorang cikgu Matematik...mak aku pulak suri rumah sepenuh masa yang menjaga kami adik beradik dan makan minum kami sekeluarga. Aku anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik...abang aku, Zulhelmie a.k.a bangmi..kakak aku Azwana a.k.a kakna... dan aku....dan seterusnya adik aku Aiman a.k.a dikman...
Actually, abang dengan kakak aku ni dulu umur diorang dekat-dekat. Abang aku lahir tahun 1984 and kakak aku 1985. Diorang ni dah lama jadi bestfriend..memang kamcing gile laaa...tup2 mak aku pregnant plak... tahun 1988 aku plak lahir...masa aku kecik, aku tak la rase sangat..ye la tak faham bahasa lagi,... tapi, bila aku dah besar sikit, dah pandai cakap dah boleh main... abang and kakak aku berkomplot....aku selalu kena buli... motifnye???? Diorang dengki sebab mak dengan ayah aku manjakan aku... sampai la aku sekolah, aku selalu kene buli expecially dengan abang aku..aku ingat lagi, aku pernah kene sepak dengan dia sebab aku mencarut kat die..aku tak tahan kene buli so aku pun mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya..B*#i.. aku ingatkan die x dengar, sekali die patah balik..nah kau...amik..senak perut aku kene sepak,..nasib aku bijak..hihi..sempat tarik bantal untuk cover... aku pun sebenarnya nakal jugak...tengak muka je...sikit2 mengadu kat mak aku.. itu yang abang dengan kakak aku bengang je...tp aku tau diorang sayang kat aku...
Then, tahun 1996 mak aku pregnant lagi... time tu aku darjah 3... adik lelaki aku lahir bulan 9... Starting from the day, everything berubah... aku anak manja dalam tempoh 9 tahun tup-tup ade adik..Automatik la adik aku jadi perhatian..so aku pun bawak diri, belajar jadi budak besar, berkawan dan yang penting...menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak riang yang nakal.. Tengok je gambar tu aku mesti akan senyum..huhu.. malas nak cite panjang..next time sambung... Ouh ye, sebelah aku yang rambut panjang tu kakak sedara aku..Muni.. anak arwah Paklang..Paklang tu adik ayah aku... kami sama-sama membesar walaupun dia tua 2 tahun dari aku.. hihi..rindu zaman budak-budak..nakal yang amat...pempuan tapi kawan semua budak lelaki.....
Nampakkkkkkkk takkkkkk.....???
Time bergambar dengan Paksu aku...Yang kanan sekali tu, senyum nakal... tunggu time je nak cabut...dengan kain singkat... isk..isk...Jauh beza aku dengan kakak aku...sampai la sekarang...kakak aku still ayu, comel..lembut je... Aku? Nakal tu masih tak berubah...manja? Of couse... kasar...tp sekali aku senyum, terserlah keayuan tu terpancar dari mata...cewahhhhhhh... up diri sendiri sikit..sape lagi nak tolong upkan..hahahaa...
To mama and abah..dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta ini pada kalian berdua..aku doakan semoga Allah SWT melindungi kalian berdua dan seluruh keluarga kita..Aku tak pernah tunjukkan kesusahan yang aku alami di sini, kerana bagi aku, aku mencari rezeki kerana Allah SWT..dan rezeki itu juga datang daripadaNYA... namun, keberkatan itu adalah daripada doa kalian..ALLAH SWT tahu mcm mana aku cuba sedaya upaya aku untuk bahagiakan hati kalian berdua... walaupun jauh dimata, namun kalian berdualah sentiasa di hati... terima kasih atas segalanya...doaku sentiasa ada untukmu...
.
>>> MAMA AND ABAH.. I LOVE U SO MUCH...
No comments:
Post a Comment